Penipuan Maxis Broadband Wireless
Salam Satu Malaysia buat semua,
Satu isu penting perlu diberikan perhatian dalam proses perkembangan rakyat Malaysia untuk celik IT iaitu penggunaan Wireless Broadband.
Dunia hari ini memerlukan penggunaan internet di mana - mana. Jadi, sayapun tidak mahu ketinggalan dan menggunaan Maxis Broadband. Semasa promosi 2 bulan lepas, Maxis menawarkan promosi 3 bulan pertama yang murah iaitu kira - kira RM47 sebulan dengan PENGGUNAAN TANPA HAD (unlimited access). Turut diteranngkan pakej yang ditawarkan itu mempunyai had kelajuan normal apabila saya menggunakan kurang dari 1.5GB dan akan perlahan apabila melebihi had tapi saya masih boleh melayari internet seperti biasa. Saya membeli pakej tersebut disebabkan penggunaan tanpa had.Ianya benar pada 2 bulan pertama iaitu setiap bulan penggunaan saya adalah 6GB. Promosi tersebut menghendaki saya melanggan 12 bulan dan perlu membayar RM200 jika mahu menutup akaun sebelum 12 bulan.
Namun, 2 hari lepas saya dikejutkan dengan paparan yang ditunjukan maxis apabila memberitahu bahawa saya telah melebihi had 1.5GB dan perlu membayar RM28 setiap 1GB quate jika mahu menyambung penggunaan. Ia berkuatkuasa 4 januari 2010. sila layari URL ini ... http://www.maxis.com.my/maxisbb/quota.asp
Ini merupakan satu penipuan dan pengubahsuaian kontrak kerana menghadkan penggunaan saya seperti dipromosikan dahulu. saya terus menghubungi Helpdesk maxis namun jawapan yang agak mengecewakan iaitu ia tidak dapat berbuat apa. demi mengambil hati, helpdesk tersebut memberitahu bahawa 1GB pertama adalah percuma.
Saya sungguh tidak berpuas hati kerana penggunaan yang dijanjikan hanya untuk sedikit sahaja. Untuk mereka yang jarang menggunakan internet untuk MUAT TURUN, 1.5 adalah terlalu banyak. tetapi bagi yang sebaliknya adalah sedikit.
tahukah anda, setiap gambar, lagu, video yang dipaparkan laman web dikira sebagai muat turun juga? bayangkan jika anda streaming youtube atau mendownload aplikasi dan lagu - lagu, saiznya adalah lebih besar dan 1.5GB boleh dihabiskan dalam seminggu.
Sebelum ini saya pernah mendengar mengenai Celcom tetapi tidak mempercayai sehingga kini. Penipuan oleh Maxis dan mungkin syarikat broadband yang lain?
bantulah ... bersama kita bina generasi celik IT! hapuskan penipuan syarikat gergasi. hanya kerana masyarakat tidak mampu untuk mengupah peguam yang mahal untuk menyaman, tak bermakna mereka boleh terus bermaharaja lela!!
yang benar,
Pengguna tertipu : (
0 comments:
Post a Comment