Saturday, August 24, 2013





OBJEKTIF BER BISNES VERSI MENTOR KU...FAZ REEN




Ramai orang keliru dengan objektif berbisnes termasuk lah diri saya suatu masa dulu.

Selepas melalui pelbagai bacaan dan diketuk oleh ahli ahli bisnes yang lebih senior, sekarang saya sudah jelas objektif bisnes saya.
Objektif bisnes saya ialah membuat untung. Itu satu satunya objektif bisnes. Bukan untuk mengumpul derma, memberi kesedaran agama dan lain lain.
Kita ambil contoh, seorang peniaga mahu berbisnes dengan menjual pakaian pakaian seksi untuk mendidik isteri-isteri berpakaian seksi untuk suami mereka di rumah. Dengan harapan suami mereka duduk rumah saja tak keluar melepak di kedai kopi.
Tapi adakah benar sang suami tidak akan keluar melepak di kedai kopi? Perkara ini perlu di validate terlebih dulu dalam BMC.
Sekiranya objektif bisnes adalah untuk mendidik masyarakat lebih baik ditubuhkan persatuan lain.
Ada orang mahu berniaga menjual burger. Bila ditanya kenapa beliau menjual burger, beliau memberi jawapan seperti
“Saya suka makan burger”
“Saya suka buat burger”
Objektif bisnes yang sebenar adalah untuk membuat keuntungan. Kalau tiada keuntungan bagaimana kita mahu membayar kos kos operasi bisnes? Sudahnya kita bakal menanggung kerugian termasuklah lambakan stok yang tak berhabis.
Ini kisah benar seorang peniaga pakaian muslimah. Objektif bisnes beliau ialah untuk mendidik masyarakt tentang konsep sebenar pakaian dalam Islam.
Orang sebegini sebenarnya keliru dengan objektif bisnes. Adakah benar dengan menjual pakaian muslimah masyarakat akan terdidik? Ini perlu di validate dalam BMC. Kalau mahu mendidik tidak perlu jadi ahli bisnes pun boleh buat.
Sudahnya beliau hanya ketawa dan memberitahu “Sekarang sudah berhenti dan stok lapuk. Akhir sekali derma saja sini sana.”
Kalau mahu juga memberi khidmat masyarakat tubuhkan satu entiti lain. Jangan dicampur aduk dalam bisnes.
- mentor Faz Reen-

Monday, August 19, 2013

#Kelas Jahitan 2013



#KELAS JAHITAN

Kelas Baju Kurung Tradisional, 
Baju Kurung Rahang...
Baju Kurung Riau...
Jahit Tudung....
Jahit Telekong....
Sulam Tangan...
Sulam Mesin....
Jahit MANIK....

Jahit / Quilting/ Patchwork....
Comforter & Table Runner....




Kelas Jahitan & Sulaman Kreatif
AU4/9A Taman Sri Keramat Tengah
Hulu Kelang
Tel..017-3964294 (Siti)
 

~~~My Lovely & Beauty Stitch~~~ © 2008. Design By: SkinCorner