Monday, November 28, 2011

PENGUMUMAN

Kursus Program 1 MALAYSIA membuat 4 Patern TUDUNG akan di adakan di KOLEJ KOMUNITI JEMPOL pada 3-4 DEC 2011..Kepada yang berminat boleh hubungi KOLEJ 06-4549954 (PN UMMI HALAWATI )...sila sertakan Nama, Alamat, Tel dan No IC anda untuk penyertaan.

Wednesday, November 23, 2011

Zizie Ezette kini bergelar DATIN . TAHNIAH !!


congratulation-71
Terlewat aku .. hehehe .. tapi tak pe kan … ‘Menda baeekk punyaa..’
Tak sia sia jadi artis .. Dapat gak gelaran Datin .. kan ? Bukan senang wooo .. Lebih lagi jadi pasangan ahli politik terkenal di Malaysia .. Yang senantiasa bersuara lantang ..
Cakap serupa debu … hampeh ! Kalau aku pengundi kawasan dia , mmg kensel pangkah orang cam ni ..
Ada sapa nak jadi Datin lagi ? Banyak Datuk kat Malaysia ni ..




Kaum Cina jadikan Najib bermimpi ngeri!



TIDAK ada apa lagi yang perlu ditangiskan.Juga bukan sesuatu untuk dikesalkan.Pengundi Cina telahpun memberikan isyarat mereka sudah tidak perlukan lagi Barisan Nasional.Mereka tidak perlukan parti ini bukan sahaja di PRK Hulu Selangor tetapi mereka telah memberikan petunjuk yang jelas sewaktu Pilihanraya Umum ke 12 2008 lalu.

Secara tidak langsung Pak Lah tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya ekoran kegagalan BN mempertahankan majoriti 2/3 di Parlimen. Semuanya kerana pengundi dari kaum Cina.Benar BN menang tapi menang yang tidak sempurna.Melayu menangis, Cina terus tertawa.

Merudum sehingga 16 % sokongan kepada BN daripada kaum Cina dalam PRK Hulu Selangor dalam saat PM Najib begitu ghairah menyakini bahawa Gagasan 1Malaysia diterima rakyat tanpa mengira agama,bangsa dan keturunan hanyalah kesungguhan PM  sahaja tetapi dalam masa yang sama pengundi Cina telah bertekad untuk menolak apa sahaja gagasan maupun pembeharuan yang bakal diterapkan kerajaan.

PM Najib boleh berbangga dengan sedikit peningkatan undi orang-orang Melayu tetapi dalam masa menggusari sokongan pengundi Cina, ketaatan pengundi India masih lagi meragukan meskipun pemimpin MIC ada yang tidur di rumah pengundi tetapi masih tidak mampu memenangi hati pengundi India untuk memberikan sokongan padu kepada calon BN.

Di mana silapnya?Mengapa pengundi Cina tergamak mengkhianati segala sumbangan yang BN dan kerajaan berikan kepada mereka selama ini?Yang jelas pengundi Cina sudah tidak lagi memerlukan BN meskipun BN dan kerajaan bersedia untuk menunaikan apa sahaja permintaan ataupun tuntutan mereka. Mereka sudah mempunyai segala-galanya, mereka sudah menguasai secara majoriti perekonomian Negara.

 Mereka sudah tidak ada lagi kebimbangan tentang masa depan seluruh keturunan mereka dan kini mereka hanya ingin menguasai politik Negara dan meruntuhkan kerajaan Barisan Nasional dengan menggantikannnay dengan satu kerajaan lain. Mereka ingin dilihat sebagai kuasa penentu kepada mana-mana kerajaan yang mentadbir Negara ini.

Pendekatan politik mereka mungkin dilihat bijak tetapi mungkin juga menjadi biadap kerana secara jelas mereka telah menipu ataupun memperdayakan kerajaan dan BN secara terang-terangan. Mereka mempermainkan kesungguhan BN dengan slogan mudah iaitu telunjuk lurus tapi kelingking berkait. Di depan BN mereka bersetuju apa sahaja tetapi di belakang BN, mereka tetap memberikan undi kepada pembangkang sedangkan segala kehendak mereka dipenuhi oleh BN.

Kepimpinan Barisan Nasional tidak boleh lagi bergantung harap kepada golongan ini kerana ternyata mereka telah menjadi bangsa pembohong, mereka telah menjadi besar kepala dan BN sepatutnya melihat kemenangan Chua Soi lek sebagai Presiden MCA sebagai satu isyarat jelas bahawa Cina tidak mempedulikan tentang moral seseorang pemimpin itu, apa yang penting mereka ketika ini sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan BN dalam setiap pilihanraya dan kita percaya mereka ini akan memberikan kejutan pada PRU k3 13 nanti.

PM Najib tidak boleh memasang angan-angan bahawa kononnya gagasan beliau diterima rakyat, Najib sama sahaja dengan Pak Lah yang masing-masing hilang sokongan pengundi Cina tetapi sekurang-kurangnya Pak Lah menang PRU 12 walaupun gagal mempertahankan 2/3 di parlimen tetapi ujian najib paling besar adalah PRU 13 dan isyarat di PRK Hulu Selangor walaupun BN menang harus dikaji sebaiknya apabila undi Cina terus turun sehingga 16 %.

PM Najib tidak boleh mengatakan bahawa beliau mampu menarik kembali sokongan cina sehingga ke tahap 40-50 peratus menjelang PRU 13 nanti hanya untuk menyedapkan hati sendiri sedangkan hakikatnya pengundi Cina semakin hari semakin jauh daripada BN apatah lagi pengundi Cina pun tahu walaupun mereka tidak menyokong BN, kerajaan akan  tetap memberikan sumbangan dan tunduk kepada tuntutan mereka. Ini terbukti di Hulu Selangor.

Secara jujurnya, harus diakui bahawa BN telah dan sanggup menjadi mangsa penipuan sokongan daripada kaum Cina.Meskipun seringkali tertipu kononnya dengan sambutan besar-besaran tetapi BN masih lagi leka dan tidak belajar untuk mengenal hati budi mereka yang sedang membakar jambatan yang BN bina sehingga mereka berjaya menguasai ekonomi negara ini.

Kaum Cina telah jelas memberitahu bahawa mereka bukan seorang kawan yang baik dan MCA juga secara jelas terbukti bahawa mereka bukan lagi sebuah parti yang relevan untuk kaum Cina hari ini. Buatlah post mortem macam mana sekalipun tetapi yang jelas-walaupun tidur malam mereka berlainan tempat tetapi mereka tetap mimpikan perkara yang sama.

PM Najib bakal dilanda mimpi ngeri menjelang PRU 13 dan apakah mimpi Najib tidak ada bezanya dengan mimpi yang akhirnya menjadi realiti kepada Pak Lah?

Friday, November 18, 2011

HELMALIA PUTRI - Membuatmu Cinta Padaku

Thursday, November 10, 2011

Wulan Merindu

Wulan Merindu
oleh: Cici Paramida

Sunyi Sepi Malam Tanpa Sinar Bulan

Sesepi Diriku Sendiri Dalam Penantian
... Tak Tahan Rasanya Gelora Di Jiwa
Ingin Segera Bertemu

Duhai Kekasihku Duhai Pujaanku
Aku Rindu Kepadamu
Sekian Lamanya Kumemendam Rasa
Tak Tertahan Lagi Rasa Gundah Di Dalam Dada

Teringat Dirimu Terbayang Kau Selalu
Setiap Malam-malamku
Datanglah Sayangku Hadirlah Kasihku
Wulan Ini Merindumu

Betapa Indahnya Dunia Terasa
Bila Kau Ada Di Sisiku
Alangkah Syahdunya Seakan Terasa
Bagaikan Ku Di Alam Surga

Bawalah Diriku Oh Sayang
Kuingin Selalu Bersamamu
Tak Sanggup Lagi Diri Ini
Berpisah Denganmu Kasih

Cintaku Sayangku Kasihku
Kuserahkan Hanya Kepadamu
Semoga Tuhan Merestui
Bahagia Selamanya

Tuesday, November 08, 2011

" DAGING SALAI NS "




Nama Syarikat SBF ENTERPRISE  beroperasi di Shah Alam Selangor dan di Pedas, Negeri Sembilan.
Syarikat kami memproses , menjual,mengedar produk salai seperti

Daging Lembu Salai
Ikan Keli Salai

Ayam Kampung Dara
Perencah masak lemak cili api

Kami menghasilkan produk salai menggunakan cara tradisional dijamin menyelerakan apabila dimasak lemak ciliapi,goreng berlada dan sebagainya .
Di proses 100% Bumiputera .
Kami menawarkan pakej jualan kepada pengedar, katering,restoran,kenduri,kedai runcit,dll.



Pengurus Syarikat - SitiByzurah
Sekiranya berminat sila telefon
012-5313818 / 0173964294
ctbyzurah@gmail.com

http://sbfrozenfoodproducts.blogspot.com/
 

~~~My Lovely & Beauty Stitch~~~ © 2008. Design By: SkinCorner