TIDAK ada apa lagi yang perlu ditangiskan.Juga bukan sesuatu untuk dikesalkan.Pengundi Cina telahpun memberikan isyarat mereka sudah tidak perlukan lagi Barisan Nasional.Mereka tidak perlukan parti ini bukan sahaja di PRK Hulu Selangor tetapi mereka telah memberikan petunjuk yang jelas sewaktu Pilihanraya Umum ke 12 2008 lalu.
Secara tidak langsung Pak Lah tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya ekoran kegagalan BN mempertahankan majoriti 2/3 di Parlimen. Semuanya kerana pengundi dari kaum Cina.Benar BN menang tapi menang yang tidak sempurna.Melayu menangis, Cina terus tertawa.
Secara tidak langsung Pak Lah tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya ekoran kegagalan BN mempertahankan majoriti 2/3 di Parlimen. Semuanya kerana pengundi dari kaum Cina.Benar BN menang tapi menang yang tidak sempurna.Melayu menangis, Cina terus tertawa.
Merudum sehingga 16 % sokongan kepada BN daripada kaum Cina dalam PRK Hulu Selangor dalam saat PM Najib begitu ghairah menyakini bahawa Gagasan 1Malaysia diterima rakyat tanpa mengira agama,bangsa dan keturunan hanyalah kesungguhan PM sahaja tetapi dalam masa yang sama pengundi Cina telah bertekad untuk menolak apa sahaja gagasan maupun pembeharuan yang bakal diterapkan kerajaan.
PM Najib boleh berbangga dengan sedikit peningkatan undi orang-orang Melayu tetapi dalam masa menggusari sokongan pengundi Cina, ketaatan pengundi India masih lagi meragukan meskipun pemimpin MIC ada yang tidur di rumah pengundi tetapi masih tidak mampu memenangi hati pengundi India untuk memberikan sokongan padu kepada calon BN.
Di mana silapnya?Mengapa pengundi Cina tergamak mengkhianati segala sumbangan yang BN dan kerajaan berikan kepada mereka selama ini?Yang jelas pengundi Cina sudah tidak lagi memerlukan BN meskipun BN dan kerajaan bersedia untuk menunaikan apa sahaja permintaan ataupun tuntutan mereka. Mereka sudah mempunyai segala-galanya, mereka sudah menguasai secara majoriti perekonomian Negara.
Mereka sudah tidak ada lagi kebimbangan tentang masa depan seluruh keturunan mereka dan kini mereka hanya ingin menguasai politik Negara dan meruntuhkan kerajaan Barisan Nasional dengan menggantikannnay dengan satu kerajaan lain. Mereka ingin dilihat sebagai kuasa penentu kepada mana-mana kerajaan yang mentadbir Negara ini.
Pendekatan politik mereka mungkin dilihat bijak tetapi mungkin juga menjadi biadap kerana secara jelas mereka telah menipu ataupun memperdayakan kerajaan dan BN secara terang-terangan. Mereka mempermainkan kesungguhan BN dengan slogan mudah iaitu telunjuk lurus tapi kelingking berkait. Di depan BN mereka bersetuju apa sahaja tetapi di belakang BN, mereka tetap memberikan undi kepada pembangkang sedangkan segala kehendak mereka dipenuhi oleh BN.
Kepimpinan Barisan Nasional tidak boleh lagi bergantung harap kepada golongan ini kerana ternyata mereka telah menjadi bangsa pembohong, mereka telah menjadi besar kepala dan BN sepatutnya melihat kemenangan Chua Soi lek sebagai Presiden MCA sebagai satu isyarat jelas bahawa Cina tidak mempedulikan tentang moral seseorang pemimpin itu, apa yang penting mereka ketika ini sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan BN dalam setiap pilihanraya dan kita percaya mereka ini akan memberikan kejutan pada PRU k3 13 nanti.
PM Najib tidak boleh memasang angan-angan bahawa kononnya gagasan beliau diterima rakyat, Najib sama sahaja dengan Pak Lah yang masing-masing hilang sokongan pengundi Cina tetapi sekurang-kurangnya Pak Lah menang PRU 12 walaupun gagal mempertahankan 2/3 di parlimen tetapi ujian najib paling besar adalah PRU 13 dan isyarat di PRK Hulu Selangor walaupun BN menang harus dikaji sebaiknya apabila undi Cina terus turun sehingga 16 %.
PM Najib tidak boleh mengatakan bahawa beliau mampu menarik kembali sokongan cina sehingga ke tahap 40-50 peratus menjelang PRU 13 nanti hanya untuk menyedapkan hati sendiri sedangkan hakikatnya pengundi Cina semakin hari semakin jauh daripada BN apatah lagi pengundi Cina pun tahu walaupun mereka tidak menyokong BN, kerajaan akan tetap memberikan sumbangan dan tunduk kepada tuntutan mereka. Ini terbukti di Hulu Selangor.
Secara jujurnya, harus diakui bahawa BN telah dan sanggup menjadi mangsa penipuan sokongan daripada kaum Cina.Meskipun seringkali tertipu kononnya dengan sambutan besar-besaran tetapi BN masih lagi leka dan tidak belajar untuk mengenal hati budi mereka yang sedang membakar jambatan yang BN bina sehingga mereka berjaya menguasai ekonomi negara ini.
Kaum Cina telah jelas memberitahu bahawa mereka bukan seorang kawan yang baik dan MCA juga secara jelas terbukti bahawa mereka bukan lagi sebuah parti yang relevan untuk kaum Cina hari ini. Buatlah post mortem macam mana sekalipun tetapi yang jelas-walaupun tidur malam mereka berlainan tempat tetapi mereka tetap mimpikan perkara yang sama.
PM Najib bakal dilanda mimpi ngeri menjelang PRU 13 dan apakah mimpi Najib tidak ada bezanya dengan mimpi yang akhirnya menjadi realiti kepada Pak Lah?
0 comments:
Post a Comment