Wednesday, April 18, 2012

Hair Band

Saturday, April 14, 2012

SENI PATCHWORK

APA ITU PATCHWORK?

Patchwork ialah satu seni cantuman yang menggunakan acuan atau cantuman kain yang kecil untuk menghasilkan motif atau corak. Pada zaman dahulu, di sebabkan kekurangan bahan mentah dan menjimatkan wang, pakaian lama di jahit menjadi selimut untuk menahan diri daripada kesejukan.

Daripada hasil kerja tangan ini kita dapat membuktikan sikap wanita zaman dahulu yang jimat cermat, tabah, sabar, kreatif dan bijaksana.

Seni jahitan kreatif ini sangat luas pengertiannya dan tidak hanya terhad kepada menjahit baju kurung, kebaya atau sebagainya sebaliknya ia boleh diperluaskan kepada Patchwork , seni tampal hias, seni kuilt, sulaman manik labuci, sulaman silk ribbon, sulaman, hiasan rumah, aksesori fesyen dan sebagainya lagi.


DAYA TARIKAN DAN ASAL USUL PATCHWORK

Teknik patchwork berasal dari perkembangan menggunakan jarum dan benang oleh manusia. Teknik ini telah digunakan dengan meluasnya di Mongolia, Mesir dan India. Seni patchwork ini dapat dilihat pada baju sejuk, selimut, permaidani, dan sebagainya. Terdapat banyak cerita yang berlainan versi mengenai sejarah kewujudan senipatchwork ini.

Pada kurun ke 12, penghijrah Mongolia menggunakan teknik patchwork untuk menghasilkan baju supaya dapat memanaskan badan ketika musim sejuk yang melampau pada masa itu. Ini membolehkan tentera-tentera Mongolia menggunakan baju ini untuk menahan diri dari kesejukan ketika menentang tentera-tentera dari barat. Secara tidak langsung telah membantu tentera Mongolia mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut.

Seni patchwork juga telah dikembangkan ke negara Barat. Masyarakat barat pada mulanya hanya menjahit patchwork pada baju peperangan tetapi akhirnya telah mengaplikasikan seni ini ke atas topi, baju, cadar, langsir dan bahan keperluan yang lain. Pada masa itu, bahan yang biasanya digunakan untuk menghasilkan patchworkialah bulu dan rami. Sehingga kurun ke15 barulah kapas digunakan. Teknik patchworkjuga bertambah maju yang mana hiasannya lebih menarik dan terdapat pelbagai teknik sulaman yang digunakan. Itulah sebabnya, seni patchwork digunakan dengan meluasnya untuk pakaian, selimut dan sebagainya.

Pada kurun ke 17, para penganut agama yang tidak diterima oleh kerajaan England telah berhijrah ke New World (Amerika Syarikat) untuk meneroka kawasan baru. Mereka juga telah membawa masuk teknik patchwork ke tanah baru ini. Disebabkan faktor kemiskinan dan kesejukan, kaum wanita telah menggunakan kain-kain lama yang tidak digunakan dan dicantumkan untuk dijadikan bahan-bahan keperluan asas. Selain itu, kaedah gotong royong digunakan untuk menyiapkan projek yang besar. Usaha ini telah mengeratkan lagi hubungan persahabatan sesama mereka . Pada masa itu, mereka telah menyimpan kain-kain mahal yang diimport dan tidak digunakan, dengan campuran bahan bulu dan rami, mereka memotong kain-kain ini dalam pelbagai bentuk seperti segi empat, segi tiga, bentuk rombus dan mencantum kain-kain tersebut. Dari situlah telah wujudnya beribu-ribu corak patchwork. Dan disinilah berasalnya nama patchwork .


TEKNIK CANTUMAN PATCHWORK
  • Teknik cantuman biasa



  • Teknik paper foundation



  • Teknik short cut

    1. TEKNIK CANTUMAN BIASA

    Teknik ini ialah menggunting kain mengikut bentuk yang di perlukan, kemudiannya di cantum secara sekeping-sekeping.
    Sehingga hari ini, teknik ini masih di gunakan dalam menghasilkan projek-projek tertentu.
    Kelemahan : Lambat

    Cantumkan kain secara sekeping � sekeping.
    Cantumkan kain 1 dengan kain 2.
    Kemudian cantumkan kembali dengan kain 3.
    Cantuman yang telah siap.

    2. TEKNIK PAPER FOUNDATION 

    Teknik ini menggunakan kertas yang di kenali paper foundation. Di belakang kertas ini terdapat turutan nombor. Pilihlah kain yang ingin anda letakkan pada setiap nombor tersebut. Kain-kain yang anda pilih akan menghasilkan motif Jahitlah di belakang kertas mengikut turutan nombor dan kain yang di pilih.
    Teknik ini merupakan salah satu teknik yang menarik, cantik dan dapat di siapkan dengan cepat.


    Cantumkan kain mengikut turutan nombor yang terdapat di belakang paper foundation.

    Blok yang telah siap di jahit.

    3. TEKNIK SHORT CUT 

    Teknik ini menggabungkan dua atau lebih kepingan kain. Kemudian blok yang dikehendaki digunting. Kategori yang biasanya menggunakan teknik ini ialah patchwork9 blok dan patchwork 4 blok.
    Kelebihan : Cepat, menjimatkan masa malah memudahkan kerja menjahit patchwork.

    Cantumkan dua atau lebih kepingan kain.

    Gunting blok yang di perlukan.

    ANTARA ARTIKEL YANG MENGGUNAKAN  PATCHWORK 



  •  

    ~~~My Lovely & Beauty Stitch~~~ © 2008. Design By: SkinCorner