Saturday, October 29, 2011

KELAS TUDUNG - 20hb.Nov 2011 (Ahad)

 BAHAN YG PERLU DIBAWA UNTUK KELAS TUDUNG


1. 1 METER KAIN LYCRA ATAU COTTON ( lebih cantek kalau 2 warna)
2. 1 KEPING - KERTAS MINYAK/KUNING
3.  BENANG YG SAMA WARNA GAN KAIN TUDUNG
4.  BUAH BUKU - CATATAN/ NOTA
5.  GUNTING KAIN & GUNTING KERTAS
6.  PEMBARIS LURUS 24" DAN PEMBARIS BENGKOK
7.  PENSIL 2 WARNA & KAPOR
8.  KAIN KERAS UNTUK BUAT PINGGANG KAIN (GUNA UNTUK AWNING - 2"X 24")
9. JARUM PENITI DAN JARUM TANGAN


KELAS SULAMAN & JAHITAN
JALAN AU4/94, TAMAN SRI KERAMAT TENGAH
HULU KELANG.
MASA:- 10 PAGI HINGGA 5 PETANG
TEL:- 017-3964294

Friday, October 28, 2011

PERIHAL MAKANAN MASAKAN ARAB....

Bermula January 06 /2010 ... aku melangkah kaki ke restauran D'Arab Cafe bersama hubby dan anak2..
Hati ni tertanya2 !!! ...sedap ke masakan kat sini ???.... 

Ahhh..cuba je lah dulu... Kami order makanan kegemaran ku.. Lamb Kabsah, Chicken Kabsah, Roasted chicken,Lamb  AUKDAH dan  Arabic tea,  2 Jug..
Bila aku sentuh jew Nasi nye... mulut ni terus cakap ... lembut ,...sama macam masakan JIDDAH aku..Kambing nye juga LEMbut LEmak ENak di Telan...!!!! Ermmmmmm.....

Harga nye juga mampu di JAMAH olih sesiapa .... Tak pernah dengar orang merungut  MAHAL....
Sekarang....Setiap bulan aku adalah pelanggan tetap D'Arab Cafe....

Mungkin "DARAH" dalam badan ni yang membuat aku serasi dengan makanan masakan ARAB ni.....
Walau pon ade.. SABA, AL-RAWSHA, AL-JAZEERA,.. dan lain2... PILIHAN AKU TETAP D'ARAB CAFE SEKSYEN 7 SHAH ALAM....





Friday, October 21, 2011

Urutan Persediaan Kahwin/Pengantin






Urutan ini adalah untuk menjamin bakal-bakal pengantin baru supaya tidak mudah tewas diatas ranjang dan juga dapat menguatkan dan menyihatkan anggota batin mereka amnya.
Pelanggan akan diurut dipinggang termasuk alat sulit selama 30min dan kemudian pelanggan akan diberikan minum secawan madu asli dan maajun pulih saraf.Urutan dilakukan selama 2 hari berturut-turut,selesai sesi urutan anda akan merasa kesannya serta merta.


Hari Pertama-  Untuk Pengantin Perempuan & Pengantin Lelaki
Hari Kedua-  Pakej Urutan Ulangan
Urutan selama -  1 1/2jam, 2 hari berturut2...
Masa - 8pagi -91/2pagi Sabtu & Ahad
Pakej hanya RM360 sahaja.

Temujanji sila SMS ke 017-3964294

Thursday, October 20, 2011

Menjahit/mencantum lubang lengan.

Assalamualaikum,


Ramai akak-akak yang bertanya kat saya "Solehah, macam mana nak cantum lubang lengan? kalau akak cantum mesti terlebih, pastu kena potong."

Siapa yang menjahit baju blouse, jubah, kebaya dan lain-lain mesti tahu kesusahan untuk memadankan lubang lengan.

Ok, say no more. Sekarang saya akan bagitau cara saya mencantumkan lubang lengan. Saya tak tahu orang lain pakai kaedah apa. Lebih kelakar lagi, saya tak tahu pun alatan-alatan ni wujud,

Tapi, walaupun saya tak tahu menahu tentang segala alatan tu (kecuali seterika) dan cara menggunakannya, Alhamdulillah jadi jugak baju yang saya jahit menggunakan kaedah "tradisional" :-D

Waktu saya belajar menjahit dulu, saya tak di ajar apa kaedah yang digunakan untuk mencantumkan lubang lengan. Saya disuruh peniti dan jelujur cantuman tu. So i guess, ini je la kaedahnya dan saya berpendapat sama macam akak-akak yang bertanya.

Rasa terseksa lah jugak bila tak dapat cari cara mudah dan cepat untuk jahit baju. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya temui cara yang mudah dan cepat juga kemas tapi kena rajin untuk bahagian lubang lengan.

Kalau anda rasa anda takde alat-alat macam dalam website di atas, jangan risau anda masih boleh mendapat hasil jahitan yang memuaskan (bergantung pada skill jugak hehehe)

Ok. Caranya macam ni.

Setelah dijahit bahagian lengan dan tepi badan, hanya tinggal untuk cantumkan lubang lengan. Temukan kedua-dua garisan atas dan bawah. Penitikan bahagian bahu dan ketiak. *Hati-hati supaya bahagian sambungan ketiak tak lari. Pastikan lurus.


Sekarang, kita akan buat alat sendiri. Gulungkan tuala.


Imej diambil dari carian google. (Satu tuala cukup :-D)

Sekarang ambil kain yang kasar dan keras atau lebih tepat lagi, jarum tak mudah tembus dan gulungkan pada tuala macam ni...

(Kat bawah tu saya letak bantal supaya tinggi skit sebab saya buat kerja atas lantai sambil mengepit bantal tu dengan kaki hehehe)

Setelah itu, jelujur sikit bahagian sambungan ketiak dan check kat sebelah luar sama ada garisan yang berjahit tu selari atau tidak. Tanggalkan peniti kat bahagian ketiak, peniti kat bahagian bahu jangan tanggal.

Sekarang letakkan bahagian lubang lengan yang hendak dicantum kat atas gulungan tuala tadi. Kemudian pinkan di sebelah kanan dan di sebelah kiri supaya kain tetap. (Rujuk pin di kanan, pin di kiri tak nampak)
Pin di tengah tu adalah pin yang digunakan untuk peniti bahagian bahu tadi. Lepas dah jelujur boleh buka pin kat bahu tu.



Jelujur sampai habis... Jangan lupa jahit dengan mesin dan tanggalkan jelujur.

Sekarang saya akan terangkan apa logiknya kaedah yang saya guna ni.

1. Penitikan bahagian ketiak dan bahu. ---> Sebabnya, peniti dia bahagian ketiak adalah supaya jahitan kat luar tu selari, dan peniti di bahagian bahu adalah untuk membahagikan keseluruhan lubang lengan tu kepada dua. Bila kita dah jelujur sampai hampir ke tengah dan takde masalah pada bahagian pertama, maka InshaAllah bahagian sebelah lagi tu pun takde masalah.

2. Saya balutkan kain yang keras pada tuala ----> Kalau hanya menggunakan tuala, bila kita jelujur tuala tu akan terjahit sekali dan lecehlah setiap kali kena berhati-hati tengok atas bawah bila jelujur. Jadi kain yang keras atau lebih tepat lagi kain yang jarum susah tembus adalah untuk memudahkan kerja menjelujur supaya kain di bawah tak akan terjahit sekali.

InshaAllah, dengan izin Allah cara ni 100% berkesan. Saya tahu kalau anda tengok kemungkinan tak faham. Jadi, cuba buat dulu baru tahu apa yang saya maksudkan. Kalau ada soalan boleh tanya. InshaAllah kalau saya tahu saya jawab.

Tuesday, October 11, 2011

KELAS MALAM

PAKEJ 1


KELAS SETIAP HARI-ISNIN HINGGA KHAMIS ( 2 Minggu )
MASA -11pagi hingga 5ptg** 6.30 hingga 9.30 MalaM**
YURAN - RM450.00 SAHAJA 

( KELAS BAJU KEBAYA dan BAJU JUBAH )

Sukatan Pelajaran Seperti :-
1. Cara mengambil Ukuran dan Pola - KEBAYA dan KAIN
2. Cara menjahit "BAJU KEBAYA & KAINLIPAT BATEK"

3. Cara mengambil Ukuran dan Pola -  BAJU JUBAH
4. Cara menjahit " Baju JUBAH"


PAKEJ 2


KELAS SETIAP HARI-ISNIN HINGGA KHAMIS (4 hari)
MASA -11pagi hingga 5ptg** 6.30 hingga 9.30 MalaM**
YURAN - RM450.00 SAHAJA 

( KELAS BAJU KURUNG DAN JUBAH )

Sukatan Pelajaran Seperti :-

1. Cara mengambil Ukuran dan Pola - BAJU KURUNG PESAK DAN KAIN ( Size S,M,L )
2. Cara menjahit  "Baju KURUNG PESAK BULUH & KAIN SUSUN"

3. Cara mengambil Ukuran dan Pola - Baju JUBAH
4. Cara menjahit  "Baju JUBAH"


PAKEJ 3 



KELAS SETIAP HARI ISNIN HINGGA KHAMIS ( 4hari )
MASA -11pagi hingga 5ptg** 6.30 hingga 9.30 MalaM**
YURAN - RM300.00 SAHAJA   
( KELAS BAJU KURUNG DAN TUDUNG )
 Sukatan Pelajaran Seperti:-
 
1. Cara mengambil Ukuran dan Pola baju -  BAJU KURUNG PESAK DAN KAIN
2. Cara menjahit " BAJU KURUNG PESAK dan KAIN SUSUN "
 
3. Cara menjahit Manik pada tangan & leher baju
4. Cara menjahit Mata lalat
 



PAKEJ 4

KELAS SETIAP HARI -ISNIN DAN KHAMIS (1 hari)
 MASA -11pagi hingga 5ptg** 6.30 hingga 9.30 MalaM**
YURAN - RM250.00 SAHAJA 

( KELAS BAJU KURUNG SAHAJA )

Sukatan Pelajaran Seperti:-

1. Cara mengambil Ukuran Dan Pola - BAJU KURUNG PESAK DAN KAIN
2. Cara menjahit " BAJU KURUNG PESAK "
4. Cara menjahit  " KAIN SUSUN "

5. Cara menjahit " MANIK " pada tangan & leher baju kurung

PAKEJ 5

KELAS SETIAP HARI -ISNIN DAN KHAMIS (pilih 1 hari)
 MASA -11pg hingga 5ptg** 6.30 hingga 9.30 MalaM**
YURAN - RM100.00 - 150.00  

( KELAS TUDUNG SAHAJA )

Sukatan Pelajaran Seperti :-
1. Cara merajah Pola Tudung
2. Pattern drafting & cutting cara designer fitting yang terbaik.

Design Tudung;-

1.Tudung Awning
2.Tudung Syria
3.Tuding Rozita Che'Wan 2 Layer


Catatan**

Untuk Pakej 1,2 ,3 dan  4...SIJIL DI SERTAKAN

Bahan Yang Perlu disediakaan:- (Beli Sendiri)

1) Kain COTTON Berbunga 4 meter ( Utk Pakej 1 & 2 )
2) Kain LYCRA 2 warna x 2 meter ( Utk Pakej 1 )
3) Kain LYCRA 1 meter untuk tudung Awning (Utk Pakej 1,2,3, )
4) Kain LYCRA 1 1/2 meter untuk tudung Syria ( Utk Pakej 5 )

5) Kain LYCRA 2 meter untuk tudung R0zita ( Utk Pakej 5 )
6) PERALATAN JAHITAN:- ( gunting/ buku nota/ dll )


Untuk keterangan lanjut hubungi saya:-
0173964294 ( Siti )




25 Cara kurus tanpa ubatan CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

JANGAN BERLAPAR 
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan dengan banyak.


ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan peng ambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.


KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah
dihadam.


KUANTITI MAKANAN SEDIKIT
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit;daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan
kuantiti yang banyak.

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


AMBIL MINUMAN MASAM ATAU KURANG GULA
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman
masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


MAKAN SAYURAN DAN BUAHAN SELALU
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan
kandungan lemak yang rendah .


REKOD TIMBANG 6 KALI SETAHUN
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika
anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.


AMBIL MAKANAN BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti
ais anda.


PILIH LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.


SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan
dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan.

Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat.
Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

TUMPU PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


AMBIL MAKANAN REBUS, PANGGANG ATAU KUKUS
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


GUNA PINGGAN RATA
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin b anyak
makanan ringan yang anda habiskan!


BERJALAN-JALAN SELEPAS MAKAN BAKAR KALORI
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru saja terisi.


TIDAK BERBELANJA KETIKA PERUT KOSONG
Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


AMAL SENAMAN KEMPIS PERUT
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


KURANGKAN GUNA GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

AKTIVITI FIZIKAL UNTUK LANGSING
Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudia n sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik
dan merampingkan peha.


cuba laaa......    ct

Doa pembuka 12 pintu



Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Doa ini lengkap dan amat sesuai dijadikan amalan harian. kalau nak panjangkan untuk keluarga, cuma sebut “bukakanlah untukku dan seluruh keluargaku”

nota : Di edarkan semasa ceramah Datuk Dr Fadilah Kamsah di MSSAAS.

Cara mengurut diri sendiri TEKNIK URUT PICIT

 

~~~My Lovely & Beauty Stitch~~~ © 2008. Design By: SkinCorner