Monday, June 20, 2011

Who The Hell Is SETH TAN...????


Who The Hell Is SETH TAN.

Aku tak pernah minat dengan Aaron Aziz. Minat gitu-gitu je sebab lelaki putih adalah bukan taste aku sebenarnya. Hehe. Jangan nak sentap eh. Tampo kang. Yeah, seriously. Sebab tu pet pertama yang aku minat adalah Remy Ishak, itu pun sebab Nur Kasih. Tapi bila tengok Nur Kasih The Movie, aku tak berapa minat dengan dia pula sebab lakonan dia BIASA saja. Tak sampai ke hati pun. Lebih baik layan anak-anak Aidil, Si Maryam dengan Elyas. Comel. Ok, itu cerita lain.


Sekarang setiap hari Isnin sehingga Khamis pukul 7 malam, aku akan tenung TV aku sampai nak tembus. Sebab apa?


Seth Tan.


Seth Tan (Aaron Aziz) telah berkahwin dengan Nora Elena (Siti Saleha) kerana tunang Nora telah memutuskan pertunangan mereka kerana mengetahui bahawa Nora sudah 'ditebuk tupai' (hihi) Jadi, Seth yang memang dari dulu suka dengan Nora telah menggantikan tempat tunang Nora Elena. Walaubagaimanapun, Nora langsung tidak menyintai Seth walaupun Nora berkawan baik dengan adik Seth sewaktu di kampung dahulu. Berbagai cara Seth lakukan untuk menawan hati isterinya. Setelah berjaya menakhluki isterinya dan mengandung, baru Nora Elena tahu bahawa Seth yang merogolnya dahulu.



Cerita ini berdasarkan novel pada tahun 2008 yang bertajuk Kasih Yang Suci oleh Meen Zulaikha. Membaca buku dan menonton dramanya setiap petang, ada banyak juga yang beza. Tapi takpelah. Dekat drama tu pun dia dah tulis 'Adaptasi Longgar'.


Yang menjadi 'kekacauan perempuan-perempuan' sekarang ini adalah bukan sebab Nora Elena tapi Seth Tan. Setiap pukul 7 timeline dekat Twitter akan berderu-deru keluar nama #sethtan. Masing-masing dengan penuh emosi meluahkan apa yang mereka rasa ketika menonton drama tersebut setiap kali ada scene Seth bersama Nora. Termasuk lah aku #noraelenahidd.


Hahaha.
Nasib koranglah nak muntah darah ke apa.
Adi relax je. Hehe.


Ada juga beberapa orang yang komen terutama sekali lelaki kata;
  • Mana ada lelaki macam Seth?
  • Cerita Nora Elena ni tipu, mana ada lelaki macamni kat dunia.
  • Seth Tan buat semua perempuan nak lelaki macam dia padahal tak wujud pun.
  • Seth buat lelaki-lelaki macam kita nampak teruk.
Come on, cerita je kot. Don't get too emosional. As for me, sepatutnya kita ambil mana yang baik dalam cerita tuh. You as a husband or wife kenalah sama-sama perbaiki diri dengan tengok cerita tu. Tengok macamana Seth layan Nora. Bukanlah nak sampai macamtu kan but at least tengoklah tahap kesabaran Seth tu macamana nak dapatkan wife dia.


Dan korang kena tau, Nora Elena tak cintakan Seth. Jadi Seth akan buat apa saja untuk dapatkan Nora, isterinya. Aku rasa, korang pun sama kot akan buat macamtu juga untuk dapatkan wife korang sekarang. Sebelum kahwin, beli bunga tak pasal-pasal. Sms / call 2-3 pagi. Belikan baju untuk bakal mak mertua lah. Walau jauh macamana korang tetap juga pergi jumpa girlfriend korang.


Betul tak?


Jadi, apa yang mustahilnya? Yang bezanya Seth dah kahwin baru bercinta. Kita semua lainlah. Sebelum kahwin dah bercinta macam nak putus nyawa bila dah kahwin semua entah kemana. Dan Adi pun semalam kata apa yang mustahilnya, memang semua orang akan buat macamtu kalau dalam situasi Seth. Bini kot, bukan girlfriend. Kalau girlfriend, pergilah jahanam. Haha.


Itu bezanya.


Mungkin korang rasa tak wujud sebab korang tak pernah rasa macamtu atau boyfriend/husband korang suam-suam kuku je. Ramai juga lelaki-lelaki yang emosi kata Seth tu melampau lah layan wife dia macamtu, dayus lah. Kesian sebab sepatutnya korang contohi dia. Bukan pergi kondem. Lagipun yang korang buat tu untuk wife korang kot. Masalahnya aku pernah dengar orang yang lebih sweet dari Seth ni ok.


Bagi aku, banyak benda yang aku belajar dalam cerita. Baru terbuka luas apa perasaan seorang lelaki dan apa yang seorang lelaki nak dari isterinya. Terlalu banyak pengajaran dalam cerita ni yang patut kita ambil.


Aaron Aziz sendiri pun pernah tweet dan kata ;


I am nothing like #SethTan honestly. And i sometimes wonder ada ke that kind of gentleman?


Aku dah 5 kali baca buku Kasih Yang Suci ni. Korang patut baca buku ni sebab dalamnya banyak ayat-ayat yang best dan ada cerita pasal agama tentang suami dan isteri sebab Seth bukan Islam jadi ada banyak soal-soal suami isteri ada dalam tu. Tapi sekarang ni buku Kasih Yang Suci satu hari je dah sold out. Gila kan penangan Seth?



Apa-apa pun dalam kehidupan kita ni, sentiasalah berfikiran positif dan ambil yang mana patut kita contohi sebab kita tak rugi walau sikit pun. Sentiasa perbaiki diri demi pasangan masing-masing. Kita bukan nak hidup setahun dua, kalau boleh biarlah mati yang pisahkan kita.


Hidup kita hari-hari adalah tentang pembelajaran.
Belajar dengan apa yang jadi disekeliling kita dan jadikan tauladan.

Sunday, June 19, 2011

Cara MeRawatan Resdung

Set Rawatan Resdung Aromaterapi



Set Rawatan Resdung Aromaterapi
RM 12.00 Sm/ RM 15.00 Ss
Courier RM 7.00 Sm / RM 15.00 Ss

Setiap Set Mengandungi :~
  • 4 Batang Corong Resdung
Kebaikan:~
  • Resdung
  • Melancarkan Perjalanan Darah Di Wajah
  • Gatal Hidung
  • Gatal Telinga
  • Gatal Mata
  • Gatal Kulit Muka Dan Kepala
  • Membantu Menghilangkan Jerawat
  • Menghilangkan Sakit Kepala
  • Mengurangkan Gejala Bersin Ketika Cuaca Sejuk Dan Waktu Pagi
  • Menghilangkan Kelemumur Kepala
  • Menghilangkan Jerawat Badan Dan Gatal-Gatal Belakang Badan
Mempunyai Bau Yang Berbeza Berbanding Lilin Resdung Biasa.
Merawat Masalah Resdung Secara Tradisional Setiap 1 Set Boleh Membuat 2 Kali Rawatan


Bagi Yang Menghadapi Resdung Yang Kritikal Di Nasihatkan Selang Sehari Membuat Rawatan. Selama 1-2 Minggu Untuk Mendapatkan Kesan Yang Terbaik..

Cara Membuat Rawatan Resdung

1.Sebelum mulakan rawatan,sediakan air dalam mangkuk kecil untuk padamkan api.Tutup kipas dan elakkan dari tempat yang berangin.Baring dan dongakkan muka ke atas untuk elakkan dari tersedut asap.

2.Nyalakan api di muncung yg besar dan tutupkan lubang yg kecil dgn jari beberapa saat untuk mempercepatkan asap keluar.

3.Mula asapkan di dahi dan di antara dua kening sehingga keluar debu kuning di kulit seperti dalam gambar di atas.

4.Asapkan di bahagian pipi kanan dan kiri serta seluruh muka.Di bahagian muka yang mempunyai masalah resdung yg teruk akan keluar debu kuning yg tebal dan warna kuning gelap seperti kuning kunyit.

5.Asapkan di tepi telinga selama beberapa minit jika anda selalu mengalami gatal-gatal di dalam telinga.Setelah selesai rawatan,telinga perlu dicuci sehingga bersih dengan menggunakan cotton bud yg dilembabkan.

6.Asapkan di dalam mulut untuk mengubati gatal tekak,batuk dan nafas berbau.Setelah selesai, boleh ludah dan kumur sehingga bersih.Selepas siap rawatan sila cuci muka dengan pencuci muka sehingga bersih.

Saturday, June 18, 2011

CUPCAKE...CUPCAKE....CUPCAKE...!!!




BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali
Buah strawberry segar, untuk hiasan
Gula manik halus, untuk hiasan

BAHAN BUTTERCREAM :-)
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
  2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.
  3. UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang, tabur gula manik dan hias atasnya dengan strawberry...
LAYANNnnnnnnnnn..

Tuesday, June 07, 2011

KELAS MANIK DI KOLEJ KOMUNITI KLANG 29 MAY HINGGA 1 JUNE 2011
























Sunday, June 05, 2011

Kelas Asas Baju Kurung DiKolej Komuniti Klang












 

~~~My Lovely & Beauty Stitch~~~ © 2008. Design By: SkinCorner