Teknik Mandi Sauna dalam Rumah Sendiri
Mandi sauna atau bersauna sememangnya baik untuk kesihatan mental dan fizikal anda. Cuba anda bayangkan …, dengan hanya bersauna selama 15 minit, ia mampu membakar sebanyak 400 hingga 600 kalori. Bukan itu saja, ia turut membantu menyegarkan badan, melegakan stress, mencantikkan kulit, melancarkan peredaran darah, menyingkirkan toksin serta mencairkan lemak dalam badan anda.
Namun begitu, kos untuk mandi sauna ni agak tinggi bagi sesetengah individu. Lebih-lebih lagi kalau anda melakukannya di pusat-pusat kecantikan. Kalau nak beli set sauna di rumah tu pun harganya hampir mencecah RM500. Malah ada yang lebih mahal dari itu.
Sehubungan itu, jika anda ingin bersauna di rumah dengan kos yang lebih murah daripada itu, cubalah alternatif di bawah ini;
1. Sediakan bahan-bahan asas iaitu 10 batang serai wangi, 10 helai daun kunyit dan juga segenggam bunga melati.
2. Rebus kesemua bahan di atas (serai wangi, daun kunyit dan bunga melati) dalam periuk.
3. Selepas mendidih, anda tuangkannya ke dalam baldi.
4. Kemudian, selubungkan badan anda dengan kain selimut yang tebal bersama-sama dengan baldi berisi air rebusan tu tadi. Biarkan diri anda dalam keadaan ini selama 15 ke 20 minit.
Kalau anda tak tahan, mula-mula buat dalam 10 minit saja pun dah cukup. Bila dah biasa nanti, buatlah dalam 15 minit yer.
5. Dengan cara ini, wap dari air rebusan tersebut akan membuatkan badan anda berpeluh seperti bersauna dengan cara biasa.
Setelah selesai sessi ini, badan anda akan terasa ringan dan bertambah segar.
Selamat Mencuba!