Friday, December 17, 2010

Crochet For Sweet Baby

Below is the pictures of our product Crochet for your beloved angel, and yes its for sales!


PostHeaderIcon Crochet Set Girl 1

Kod:SET 101
Mengandungi:
Sepasang Kasut
Sehelai Baju Panas (Short Sleeve)
1 Topi
Material:100% benang kait.
Saiz:Nyatakan ukuran tapak kaki, bahu dan ukur lilit kepala
Warna:Sila nyatakan warna theme
Harga (RM):120.00

PostHeaderIcon Baby Headband

Kod:BH 301
Material:100% benang kait.
Saiz:Boleh laras
Warna:Sila nyatakan 2 kombinasi warna
Harga (RM):15.00

PostHeaderIcon Baby Hats

Kod:HB 201 ~ HB 204
Material:100% benang kait.
Saiz:Sila nyatakan ukur lilit kepala
Warna:Sila nyatakan 2  kombinasi warna
Harga (RM):38.00 setiap satu

PostHeaderIcon Baby Sweater (Long Sleeve)

Kod:BS 901
Material:100% benang kait.
Saiz:Sila nyatakan ukuran bahu dan lengan
Warna:Sila nyatakan kombinasi warna
Harga (RM):52.00 setiap satu
 

PostHeaderIcon Baby Sweater (Short Sleeve)

Kod:BS 401~ BS 404
Material:100% benang kait.
Saiz:Sila nyatakan ukuran bahu
Warna:Sila nyatakan kombinasi warna
Harga (RM):44.00 setiap satu

PostHeaderIcon GIRL BOOTIES

Kod:GB501~ GB509
Material:100% benang kait.
Saiz:Sila nyatakan ukuran tapak kaki (cm).
Warna:Sila nyatakan kombinasi warna
Harga (RM):30.00 setiap satu

PostHeaderIcon HIGH TOP BOOTIES

Kod:TB 501
Material:100% benang kait.
Saiz:Sila nyatakan ukuran tapak kaki (cm).
Warna:Sila nyatakan warna (badan kasut dan bahagian depan).
Nyatakan pilihan logo (NIKE, All Star, dan lain-lain).
Harga (RM):35.00 setiap satu

PostHeaderIcon NEW BORN BOOTIES

Kod:BB 601~ BB 603
Material:100% benang kait.
Saiz:13″ – 14″
Warna:Sila nyatakan 2 kombinasi warna
Harga (RM):25.00 setiap satu
<><><><> 

2HARI 1MALAM SINGAPURA

Sunday, December 12, 2010

KELAS TUDUNG DI TIARA BEACH RESORT P.D 8-10/12/2010

 









 
































Monday, December 06, 2010

Lawatan sambil belajar tinjau 'ISTANA' Khir Toyo berakhir dengan demo



Kira-kira 40 orang pengundi dari kawasan Sekinchan dan Sungai Panjang menyertai lawatan sambil belajar meninjau banglo milik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam hari ini. --fotoNANYANG

SHAH ALAM: Lawatan sambil belajar anjuran Ahli Dewan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim meninjau banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo di Seksyen 7 di sini pagi tadi berakhir dengan demonstrasi.


Rombongan yang disertai 40 pengundi dari kawasan Sekinchan dan Sungai Panjang tiba di banglo Dr. Khir kira-kira pukul 10.40 pagi dengan sebuah bas persiaran.


Mereka menghabiskan masa kira-kira sejam untuk meninjau lebih dekat banglo itu yang telah mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bernilai RM24 juta.




"Setiap seorang daripada kami membayar sebanyak RM50 bagi menyertai rombongan ini bagi melihat sendiri istana luar biasa bernilai RM24 juta ini.
Pemandangan atas banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo di Seksyen 7 Shah Alam. Banglo bekenaan mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bernilai RM24 juta.

"Ini adalah inisiatif penduduk untuk lawat dan melihat dengan mata mereka sendiri betapa besarnya rumah pemimpin mereka," kata Ng kepada media dalam lawatannya itu.


Bagaimanapun rombongan tersebut tidak dibenarkan masuk ke kawasan banglo berkenaan kerana dihalang pengawal keselamatan.


Kehadiran mereka turut membawa kain rentang yang tertera 'lawatan sambil belajar ke istana KT yang luar biasa dan menakjubkan' sambil merakamkan gambar kenangan di luar banglo itu sebelum beredar sejam kemudian.


Dalam pada itu, Ng juga berkata, beliau akan mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menyenaraikan 'istana' berkenaan sebagai salah satu tempat lawatan kepada pelancong.


Ng yang dilantik sebagai ejen bagi menjual banglo berkenaan berkata, sehingga kini beliau menerima beberapa maklum balas daripada beberapa pembeli yang berminat.


Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kecewa kerana salah seoarang daripada pembeli yang berminat itu telah datang sebanyak dua kali untuk melihat keadaan banglo itu, namun hampa kerana ketiadaan kunci.


"Pembeli ini mahu masuk dan tengok sebelum bersetuju dengan tawaran RM24 juta tapi dia (Dr ) tak beri kunci... macam mana saya nak masuk.


"Setakat ini ada lima pembeli yang berminat dan berjumpa saya manakala melalui telefon dan SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) lebih daripada 20 orang," katanya sambil meminta Dr. Khir melanjutkan tempoh untuk menjual rumah itu yang akan berakhir 7 Ogos ini.

Thursday, December 02, 2010

JAHITAN TUDUNG SAMBIL SANTAI

**Salam Sahabat..

Siti akan adakan KELAS JAHITAN TUDUNG SYRIA dan INNER TUDUNG SYRIA pada ;-

TARIKH - 8 DAN 9/12/2010 ( KHAMIS )
TEMPAT - HOTEL TIARA PORT DICKSON
MASA - 10 PAGI HINGGA 5 PETANG
YURAN - RM80.00 SAHAJA


JIKA ANDA BERMINAT SILA HUBUNGI;-
012-3773818
0173964294 ( SITI )





Wednesday, December 01, 2010

PANASssssssss,,,,PANASssssssss,,,,PANASssssssss,,,,

Heboh Cinta Bekas Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah





Heboh Cinta Bekas Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah bersama Uncle 'Seekers'...........
Selebih nye korang cari sendiri...Takut bekas Tuanku murka kat hamba nanti... hehehe....


Tuesday, November 30, 2010

***ANAK Ku Yang SOLEH***

Anak Ku Yang SOLEH

Ustaz, saya ingin bertanya: Saya menjaga ibu saya yang uzur Saya juga membasuh kemaluan ibu saya. Bagaimana dengan puasa saya…???
Ustaz bertanya ‘Adakah saudara sudah berkahwin?
‘Pemanggil menjawab ‘Belum Ustaz’
Ustaz menjawab ‘Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu saudara’…
Setelah sambungan putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran pemuda pemanggil itu. 

Saya menitiskan airmata mendengar percakapan itu dan berfikir sungguh beruntunglah siibu yang melahirkan pemuda itu. Alangkah bertuah nya si-isteri, mendapat pemuda itu sebagai suaminya..
Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di kota menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung.
Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terburu-buru, pantas berlari keluar dari kereta... Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah... Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake  keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di mesjid yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, “Subhanallah! ‘Si anak  terkejut melihat najis berjejeran dianak tangga dan dilaman rumah.’Mak sakit perut rupanya,’ bisik hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan menaikan seluarnya. Najis disodok dan dibuangkan... Getah pipe ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.
Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terburu-buru sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga.
"Terpana" si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dibersihkan oleh anaknya,...
seperti hilang akal sejenak. Tak sembahyang Maghrib ke?’.... Tanya siibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah... Tak apalah mak, saya musafir,,,, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isya nanti.’..... 
Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi...Tangan kiri pula memaut grill pintu. 
Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.
‘Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa,.. Ya Allah!
dan membalas budi, aku bersyukur padamu….aku bersyukur pada mu Ya Allah!’... 
Sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati...Terasa benar maruahnya dihargai,... tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih……. ALLAHUAKHBAR..(Amin)  Rentetan dari  peristiwa ku...

Sunday, November 28, 2010

MARI..MARI....tENGOK... Filem 2 Alam terbitan Dr Rozmey



Petang tadi bertempat di Midvalley, krew Oh! Media sempat menge’had’kan masa kami yang padat untuk menonton filem 2 Alam terbitan Dr Rozmey (DDR) yang dikatakan oleh para media “Indah Khabar dari Rupa“. Ingin mengetahui sejauh mana kebenaran itu, jadi kami pun pergilah menonton untuk berkongsi kenyataannya dengan seluruh pembaca Oh! Artis.
Filem ini terlalu hebat penangannya biarpun belum sempat dikeluarkan. Bermula dengan poster filem 2 Alam yang menciplak poster dari filem Hollywood, Exorcist dan berterusan dengan target-target tak masuk akal Dr Rozmey.

Masuk ke panggung, hanya ada 22 penonton (termasuk kami) daripada 140 kerusi yang tersedia. Ini menandakan filem ini LANGSUNG TIDAK mendapat sambutan penonton di panggung wayang. Kutipan 2 juta pada hari pertama yang dihebohkan DRR sebelum ini, tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Mungkin sengaja direka-reka kerana dari maklumat yang kami terima, kutipan pada hari pertama tidak sampai pun 80 ribu. Maklumlah bersaing dengan Harry Potter, langsung tak masuk akal 2 juta pada hari pertama.

Sedikit Sinopsis filem 2 Alam

Mengisahkan seorang PONDAN yang dah siap convert jadi fully woman telah meninggal dunia kerana membunuh diri. Adam atau nama pondannya, Amy yang juga seorang artis popular membunuh diri kerana tekanan yang diterimanya.
Adam, atau Amy terlalu taksub hidup dalam dunia penuh kemaksiatan’nya walau sebelum dia menjadi seorang “wanita jadian”, dia adalah seorang pelajar yang bijak dan pandai mengaji Al-Quran. Kehidupan kemaksiatan Amy dan teman lelakinya berterusan hinggalah pada suatu hari, Amy dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki dan akhirnya berita tersebut telah sampai ke telinga pihak media dan tersebar seluruh negara. Itu yang membuatkan Amy menjadi buntu dan nekad membunuh diri.
Filem ini diselang-seli dengan flashback semasa hayat dan semasa mati’nya. Semasa hayatnya, dapat dilihat kehidupan Amy yang penuh sosial dan ketika mati, ditunjukkan azab dan seksaan semasa mayatnya ingin di bawa ke kubur. Macam yang kita selalu nengok dalam drama (even drama jauh lebih baik penyampaiannya.

Apa yang best dengan filem 2 Alam

- Pengajaran yang disampaikan walaupun ianya agak lame!
- Cara kawalan kamera yang patut dipuji.
- Editing yang boleh dipuji di sesetengah bahagian.
- Sound effect yang agak mantap.
- Pelakon baru yang hebat membawa watak masing-masing.

Apa yang tidak best dengan filem 2 Alam

- Satu perkara yang paling kami benci dan mampu membuatkan korang blah terus dari panggung wayang tu adalah flashback yang ada dalam cerita ni. Boleh dikatakan flashback scene-scene yang sama kerap sangat dilihat dan menutup segala yang menarik yang ada dalam cerita ini. Ianya juga dilatar-belakangkan dengan dua lagu iaitu Salam Terakhir dan juga Andai ku Tahu (nyanyian semula Amy Search dan Ramli Sarip). Ianya menjadikan filem ini TERAMAT-AMAT membosankan dan menjadi sebab utama kenapa filem ini dikatakan INDAH KHABAR DARI RUPA!
- Plot cerita memang merepek. Kejap bincang kahwin dengan orang lain, tiba-tiba masa kahwin dah dengan orang lain pula.
Belum sempat cerita habis, kami melihat satu demi satu orang keluar dari panggung. Ini adalah pertama kali kami melihat orang bangun dari tempat duduk sebelum filem habis. Dr Rozmey, adakah anda tahu kenapa mereka keluar sebelum filem yang anda bangga-banggakan ini habis?

Saturday, November 27, 2010

CLASS SMOCKING


Smocking adalah satu teknik sulaman  yang menghasilkan kedutan pada fabrik secara teratur dan anjal.  Kebiasaannya smocking digunakan pada bahagian atas baju dan ditambah dengan sulaman benang yang berasaskan pelbagai motif seperti  geometri, flora dan fauna.
Fabrik yang digunakan adalah kain kapas, samada yang mempunyai corak bunga-bunga halus atau kain kosong berwarna.




 

~~~My Lovely & Beauty Stitch~~~ © 2008. Design By: SkinCorner