Tuesday, February 08, 2011

Cantik dengan Limau Nipis

Cantik dengan limau nipis





Mengempiskan perut
Mungkin anda boleh mengamalkan perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Ia dikatakan dapat mengempiskan dan mengemaskan bentuk perut.

Pulih kulit wajah
Ramai yang menghadapi masalah kulit wajah terbakar kerana cuaca yang panas. Mungkin anda boleh bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih.

Hilangkan Bau Kaki
Untuk mengatasi bau kaki akibat sering memakai sarung kaki dan kasut bertutup, gunakan limau nipis. Ambil limau nipis, hiris dan gosokkan pada kaki.

Mewangikan rambut
Mungkin ramai tidak tahu limau nipis juga boleh mewangikan rambut. Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening serta menyejukkan kepala.


ctby


Monday, February 07, 2011

ASTRO !!! oh ASTRO !!!

Skang apa cita ?? Walaupun dalam channel yg dibayar , iklan berlambak lambak .. apa kes ni ? Harga makin naik .. kalau takat nak tengok iklan , baik aku layan kat internet .. banyak iklan weh ... nuffnang ada ...innity ada .. kirawang ada ... banyak laagii laaa...


Bikin tensen tul laa ASTRO neh ... bila bagi alasan kenapa naik harga , kononnya nak tampung kos... Bila dah naik , buang la iklan tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... arghhh....


Kerajaan .. kasi laaa ASTRO tu ada pesaing skit .. kalau tak , diaorg je monopoli semua wehhh... Dah la tu, cerita yang ada pun makin mengarut ngarut ...


ctby : Kasi rakyat ada lesen satelit ... baru beshhh



Sunday, February 06, 2011

Kelas "BAJU kURUNG & TUDUNG" Di Putrajaya

Salam

Kelas di Putrajaya

Tarikh - 25/26/27 February 2011
Yuran - RM 200.00 Sahaja
Lokasi - D1- T02 -U10, JLN P9B/2 PRESINT 9,Putrajaya( Homestay )

(Nak bermalam pon bole)

Bole buat pilihan :-

1) Baju Kurung + manik di leher dan tangan baju.

2) Tudung Awning  + Tudung Syria  + Telekong.


maklumat selanjutnye:-
http://dairidihatiku.blogspot.com

Kalau berminat
Hubungi 017-3964294 (Siti)


Saturday, February 05, 2011

KRISIS MESIR

KRISIS MESIR : KISAH BENAR NASIB RAKYAT MALAYSIA.


Ini adalah berita sahih. wajib jadi bahan bacaan jutaan rakyat malaysia untuk mengetahui nasib pelajar kita di mesir.

tolonglah, untuk pertama kali nafikanlah berita palsu,sms palsu,cerita palsu yang cuba dimainkan oleh pas dan pkr mengenai nasib pelajar malaysia di mesir.

rasionallah sikit. jangan percaya sangat cakap nik ajis ni. dah melalut sangat dah orang tua ni.

Kalau percayakan cakap pas, umpama anda percaya ariel sharon tu  sayang rakyat palestin.


KAMALANATHAN BUAT RAFIZI TERPAKU DIAM !

BUKU JINGGA : KAMALANATHAN BUAT RAFIZI TERPAKU DIAM !

baru balik dari kenduri. sempat bukak tv1 rancangan live sesi bual bicara.

tajuk perbincangan isu buku jingga. panelis kamalanathan, rafizi pkr dan wakil ISIS.

rafizi punya dewataraya khayalan bercakap mengenai buku jingga macam skrip filem kamal hasan dan rajinikanth. 100 hari boleh settle semua masalah negara.

kamalanathan siap persoal salah satu tajuk dalam program buku jingga.

kata pakatan, kita akan memartabatkan institusi kesultanan melayu.

kamalanthan kata lu bohong, apa benda kamu nak uphold bila kamu sendiri kurang ajar dengan sultan di perak dan kes adun keparat suhaimi shafie ajak rakyat bangkit menentang sultan.

pengacara tergamam !
rafizi tercengang macam jumpa hantu kak limah kat tepi jalan !

seorang india boleh pertikai anak melayu pkr tatacara tunjuk adab dengan sultan !

WELL DONE KAMALANATHAN, TAK SIA-SIA KAMI TOLONG KAMU MASA PRK HULU SELANGOR !

Saturday, January 29, 2011


MESTI BACA ! RAMALAN CUACA - Hujan ! RAMALAN PILIHANRAYA - BN Menang Lebih 3 Ribu !

















Di jangkakan jika esok hujan, jumlah pengundi yang keluar mengundi akan kurang daripada ramalan di bawah. So, siapkan payung dan kereta sebanyak yang mungkin!

Baca di bawah :-
LABIS, 29 Jan: Keputusan pilihanraya kecil Dun N05 Tenang yang dijadualkan berlangsung esok dijangka akan memihak kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim namun hasrat parti itu untuk meraih majoriti melebihi 5 ribu undi tidak kesampaian.

Laporan survey badan penyelidikan bebas ILHAM Centre yang dikeluarkan pagi ini menunjukkan calon BN mendahului PAS dengan majoriti sekitar 3 ribu undi di mana BN dijangka memperolehi sekitar enam ( 6) ke tujuh (7) ribu manakala PAS, empat (4) ribu undi. Berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti mana dijangka menang, BN dijangka memperolehi 73.1 peratus undi Melayu, Cina (48.6 peratus), India (50 peratus) dan Kaum lain (75 peratus).

Dapatan Kajian Sikap dan Kecenderungan Pengundi dalam Pilihan Raya Kecil N5 Tenang

ILHAM Centre merupakan firma penyelidikan bebas, telah melakukan satu kajian sempena Pilihan Raya Kecil Ke 14 yang kini berlangsung di N5 DUN Tenang,Johor. Pihak ILHAM Centre memulakan kajian pada 26 hingga 28 Januari 2011 lepas untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka.

Tinjauan selama 2 hari secara komprehensif ini dilakukan di sebuah daerah mengundi dengan menemubual pengundi berdaftar secara bersemuka di 10 daerah mengundi daripada 13 daerah mengundi yang ada dalam DUN ini. Responden yang berjaya dinilai sebagai “sample” kajian ini seramai 549 orang yang terdiri daripada semua komposisi kaum, peringkat umur dan pekerjaan.













Populariti parti mengatasi kekuatan calon

Berdasarkan hasil dapatan kajian ILHAM Centre, faktor utama responden memberi undi adalah berasaskan parti berbanding faktor calon dan isu yang dimainkan. Faktor parti di wakili 62.5% daripada keseluruhan responden.
Jika dilihat kepada kekuatan calon, kedua-dua parti dilihat mempunyai kelebihan masing-masing. Namun calon BN, Mohd Azhar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai “Tok Ai” mendapat 91.4 % dikenali oleh pengundi. Manalaka Normala Sudirman atau Cikgu Mala menadapat 79.6 % popularity di kalangan responden.

Isu serangan kepada Normala tidak memberi kesan kepada pengundi

Antara isu serangan kepada peribadi calon PAS, Normala Sudirman mengenai memakai sarung tangan bila berjabat tangan dengan pengundi lelaki tidak memberikan kesan kepada responden sebagai isu yang kuat. Begitu juga isu lainnya seperti penyelewengan tanah, suami Cikgu Mala sakit dan sebagainya tidak cukup untuk mempengaruhi pola pengundian di sini.

Jentera PAS masih gagal menembusi kubu kuat Umno di perkampungan tradisi dan FELDA
Merujuk kepada dapatan kajian juga, jentera PAS di Tenang kali ini cukup agresif dalam siri-siri kempen dan ziarah rumah ke rumah. Dengan menyasarkan undi wanita dan kakitangan kerajaan terutama nya guru, tema Cikgu Mala dilihat signifikan dalam strategi kempen PAS. Namun, berdasarkan maklum balas responden di perkampungan tradisi sekitar Kampung Tenang, Pekan Ayer Panas, Kg Redong, tidak berlaku anjakan ketara paten sokongan di sana.

Jentera PAS/PR juga dilihat belum mempunyai kekuatan untuk mengubah pendirian politik golongan peneroka FELDA, namun terdapat sedikit sinar harapan terutama generasi kedua FELDA yang mempunyai pendirian politik rasional untuk memilih Pakatan Rakyat.













Jentera Pakatan Rakyat belum dapat meyakinkan pengundi

Di kawasan bandar Labis dan beberapa lokaliti majoriti pengundi Cina, ILHAM Centre dapati, tahap sokongan pengundi Cina kepada PAS tidak berlaku sokongan ketara walaupun terdapat protes senyap di kalangan pengundi Cina. Ini dapat dilihat dengan ketiadaan bendera BN di kawasan kediaman pengundi Cina berbanding perkampungan Melayu.

Pengundi Cina juga dilihat kurang berkeyakinan dengan Pakatan Rakyat kerana jentera dilihat tidak bersepadu sepertimana jentera Barisan Nasional. Kesannya, Pakatan Rakyat mungkin tidak mendapat sokongan daripada pengundi Cina sepertimana yang diharapkan.

Di kalangan pengundi Melayu pula, rupabentuk kerjasama Pakatan Rakyat masih kabur di kalangan kebanyakan pengundi. Di samping kejayaan media BN memanipulasi beberapa isu berkaitan perkara ini, pergerakan kempen calon PAS turut tidak meyakinkan pengundi. Pergerakan rumah ke rumah Cikgu Mala misalnya tidak disertai tokoh-tokoh lain selain pemimpin-pemimpin PAS.

Kesimpulan

ILHAM Centre membuat bacaan berdasarkan dapatan kajian ini bahawa calon BN, Mohd Azahar Ibrahim akan memenangi kerusi DUN N5 Tenang ini menewaskan calon PAS, Normala Sudirman dengan berlaku peningkatan sokongan pengundi dan majoriti berbanding keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Jentera PAS perlu menampilkan imej gabungan Pakatan Rakyat yang sebenar sebagai gabungan utama berdepan dengan jentera Barisan Nasional jika mahu menang dalam siri pilihan raya akan datang

BERITA TERKINI-MP PADANG SERAI UMUM LETAK SEMUA JAWATAN PKR


Saturday, January 29, 2011


BERITA TERKINI-MP PADANG SERAI UMUM LETAK SEMUA JAWATAN PKR


Salam semua…
Seperti yang diduga,  bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.  Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.
Penulis rasa eloklah beliau keluar cepat-cepat kerana beliau telah lama menjadi duri dalam daging PKR. Keluarnya beliau daripada PKR akan memberikan tamparan yang hebat kepada pakatan rakyat.
Tentunya suara beliau yang vocal sedikit sebanyak akan menggoncang tiang seri PKR dan secara langsung akan memberi kelebihan kepada BN bagi menghadapi PRU 13 nanti.
Ikuti berita sepenuhnya yang penulis ambil daripada Malaysiakini bertarikh 29/01/2011
“Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.
Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.
"Selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO baru," katanya dalam mesej yang diposkannya jam 10.50 pagi tadi.
Namun Gobalakrishnan, tidak menyebut nama badan bukan kerajaan (NGO) baru yang akan disertainya bagi meneruskan kerja-kerjanya.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada beliau juga bertindak keluar parti dan menjadi ahli parlimen Bebas.
Usaha Malaysiakini menghubungi untuk penjelasan lanjut belum berhasil.
Empat ahli parlimen telah meninggalkan PKR sejak pilihan raya umum 2008 - Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) manakala seorang lagi Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Bahru) dipecat dari parti.
PKR kini mempunyai 24 kerusi di Dewan Rakyat, berbanding 31 yang dimilikinya selepas pilihan raya umum Mac 2008.
BN hanya memerlukan tiga lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk berpaling tadah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Jumlah yang diperlukan adalah 148 kerusi dan ini boleh dicapai menerusi 138 kerusi yang dimenanginya bersama sokongan tujuh ahli Bebas yang mesra BN (termasuk MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali) berserta tiga yang lain.
Sudah diduga
Keputusan yang diambil Gobalakrishnan bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau dikatakan enggan menjawap surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.
Sebaliknya dalam jawapan angkuhnya di Twitter pada 21 Januari lalu, Gobalakrishnan berkata, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab.”
Kemarahan Gobalakrishnan memuncak apabila beliau tewas pada pemilihan PKR yang didakwanya dicemari penyelewengan.
Beliau semakin berang apabila kepemimpinan parti itu, melantik pendatang baru, N Surendran sebagai naib presiden. Gobalakrishnan mendakwa ahli politik novis itu tidak mampu mewakili kepentingan masyarakat India.
Serangan terakhirnya ke atas PKR apabila dia mengecam pemimpin parti itu kerana terbabit dengan perasmian Kuil Sivan di Petaling Jaya dan mendakwa Awnar secara peribadi mengarahkan kuil itu ditutup menyaksikan beliau diberi amaran.
Namun, Gobalakrishnan enggan menutup mulut tetapi sebaliknya, beliau banyak memuat-naikkan beberapa ulasan di Twitter di mana beliau membidas pemimpin parti, khususnya Anwar dan timbalan presiden, Azmin Ali.
P/S – Penulis nampak selepas PRU12 dulu, sokongan kaum India kepada BN semakin  hari semakin baik. Ini menandakan kaum India rasa tertipu di bawah PKR. Kebajikan mereka di bawah BN adalah lebih baik dan terjaga berbanding di bawah PKR. Masalahnya sekarang, kesempatan yang terbaik ini gagal diambil peluang oleh pemimpin MIC sekarang  yang nampaknya hilang fokus dan lebih cenderung ke arah isu-isu remeh seperti  isu Interlok.

Monday, January 24, 2011

Dato Nalla Buktikan Komitmen Bersama BN

MIUP Di Tenang..! Dato Nalla Buktikan Komitmen Bersama BN

Pada proses penamaan calon PRK DUN Tenang semalam, turut kelihatan sekumpulan ahli ahli parti Malaysian Indian United Party [MIUP] hadir memberikan sokongan kepada calon UMNO-BN.

Ini bukanlah kali pertama MIUP melibatkan diri mereka dengan pilihanraya kecil, semenjak dari PRK Permatang Pauh lagi parti yang dipimpin oleh Dato Nallakaruppan ini akan hadir membuktikan komitmen membantu BN mendapat sokongan kaum India...

MIUP juga pernah membantu kempen pilihanraya kecil sebelum ini seperti Hulu Selangor, Bagan Pinang, Bukit Selambau, Bukit Gantang dan hampir setiap kali diadakan PRK, parti ini akan dilihat bersama sama dengan parti komponen BN yang lain.

Dato Nallakaruppan sangat dikenali ramai, apatah lagi sekarang ini beliau kerap muncul didada akhbar Utusan Malaysia sebagai orang yang paling digeruni oleh Anwar Ibrahim kerana semua rahsia Anwar berada dalam genggaman Nalla.

Kemunculan Nalla dalam kempen PRK DUN Tenang dapat membantu calon UMNO-BN meraih sokongan kaum serta pengundi India. Masyarakat India sangat selesa dan yakin dengan penjelasan Dato Nalla dan ini telah terbukti sewaktu beliau berkempen di Hulu Selangor pada pilihanraya kecil sebelum ini.

Sunday, January 23, 2011

BOB LOKMAN AKAN BONGKAR ISU LIWAT ANWAR !!

Kelibat pelakon dan penulis lirik terkenal bergelar Bob Lokman menjadi perhatian semua pihak. Beliau yang kini kelihatan semakin berubah telah menarik minat PAS untuk menggunakan kuasa beliau sebagai ikon PAS bagi memancing undi PAS di PRK DUN Tenang.


PAS juga katanya akan mengadakan Ceramah Politik Murahan parti ini dengan menjemput Bob Lokman. Ini juga bukan sahaja akan meningkatk kelihatan tidak mampu membawa pengaruh Anwar di mana2 Ceramah yang dianjurkan oleh parti ini kerana pengaruh Ketua Pembangkang semakin hilang dek kerana politik liwatnya yang dilihat semakin kotor. Ianya berdasarkan Ceramah PAS pada malam tadi yang terbukti hanya 200 orang yang hadir.

Bob Lokman yang juga bekas juri profesional Raja Lawak musim 4 sebelum ini menjadi perhatian umum apabila dikatakan telah menyertai Solat Hajat PAS di Taman Melawati, Selangor.

Persoalannya, adakah Anwar selesa dengan kaedah ini? Kelihatan PAS seolah2 menghina krelibiliti Anwar Ibrahim yang sewajarnya mampu menguatkan pengaruh pengundi2 di Johor.

LIVE TENANG : MASYAALLAH PAS !

LIVE TENANG : MASYAALLAH PAS !

Thursday, January 20, 2011

Penipuan Maxis Broadband Wireless

Penipuan Maxis Broadband Wireless


Salam Satu Malaysia buat semua,

Satu isu penting perlu diberikan perhatian dalam proses perkembangan rakyat Malaysia untuk celik IT iaitu penggunaan Wireless Broadband.


Dunia hari ini memerlukan penggunaan internet di mana - mana. Jadi, sayapun tidak mahu ketinggalan dan menggunaan Maxis Broadband. Semasa promosi 2 bulan lepas, Maxis menawarkan promosi 3 bulan pertama yang murah iaitu kira - kira RM47 sebulan dengan PENGGUNAAN TANPA HAD (unlimited access). Turut diteranngkan pakej yang ditawarkan itu mempunyai had kelajuan normal apabila saya menggunakan kurang dari 1.5GB dan akan perlahan apabila melebihi had tapi saya masih boleh melayari internet seperti biasa. Saya membeli pakej tersebut disebabkan penggunaan tanpa had.Ianya benar pada 2 bulan pertama iaitu setiap bulan penggunaan saya adalah 6GB. Promosi tersebut menghendaki saya melanggan 12 bulan dan perlu membayar RM200 jika mahu menutup akaun sebelum 12 bulan.


Namun, 2 hari lepas saya dikejutkan dengan paparan yang ditunjukan maxis apabila memberitahu bahawa saya telah melebihi had 1.5GB dan perlu membayar RM28 setiap 1GB quate jika mahu menyambung penggunaan. Ia berkuatkuasa 4 januari 2010. sila layari URL ini ...
http://www.maxis.com.my/maxisbb/quota.asp

Ini merupakan satu penipuan dan pengubahsuaian kontrak kerana menghadkan penggunaan saya seperti dipromosikan dahulu. saya terus menghubungi Helpdesk maxis namun jawapan yang agak mengecewakan iaitu ia tidak dapat berbuat apa. demi mengambil hati, helpdesk tersebut memberitahu bahawa 1GB pertama adalah percuma.


Saya sungguh tidak berpuas hati kerana penggunaan yang dijanjikan hanya untuk sedikit sahaja. Untuk mereka yang jarang menggunakan internet untuk MUAT TURUN, 1.5 adalah terlalu banyak. tetapi bagi yang sebaliknya adalah sedikit.


tahukah anda, setiap gambar, lagu, video yang dipaparkan laman web dikira sebagai muat turun juga?  bayangkan jika anda streaming youtube atau mendownload aplikasi dan lagu - lagu,  saiznya adalah lebih besar dan 1.5GB boleh dihabiskan dalam seminggu.


Sebelum ini saya pernah mendengar mengenai Celcom tetapi tidak mempercayai sehingga kini. Penipuan oleh Maxis dan mungkin syarikat broadband yang lain?


bantulah ... bersama kita bina generasi celik IT! hapuskan penipuan syarikat gergasi. hanya kerana masyarakat tidak mampu untuk mengupah peguam yang mahal untuk menyaman, tak bermakna mereka boleh terus bermaharaja lela!!


yang benar,


Pengguna tertipu : (

Al Fatihah - Di Sahkan Adun BN Merlimau Meninggal Dunia Ekoran Serangan Jantung


Al Fatihah - Di Sahkan Adun BN Merlimau Meninggal Dunia Ekoran Serangan Jantung

Thursday, January 20, 2011



Baru mendapat pengesahan bahawa YB Datuk Mohmad Hidhir ADUN Merlimau di sahkan telah meninggal Dunia baru sebentar tadi ekoran masaalah kesihatan yang di alami beliau sebelum ini.ADUN Merlimau, Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia setelah tenat semasa dapat rawatan serangan jantung; dimaklumkan oleh Pengerusi SPR.
Al Fatihah


SPR akan menetapkan dalam masa 10 hari ini Tarikh PRK Dun Merlimau Melaka!

Wednesday, January 19, 2011

My Baju Kurung

Baju Kurung – a baju kurung is worn by women for occasions such as school (as a uniform) or to a wedding. It too brightly colored and can come in a variety of different printed designs. It is a knee length dress with a full length sleeves.
The baju kurung can be used as an everyday outfit, and also as a formal outfit....

THE BAJU KURUNG

The Baju Kurung, or more specifically, the Baju Kurung Teluk Belanga, is the Pahang traditional Malay costume for women.
baju kurung styles
Well, just go to any Malay house, open the cupboard of the lady in the house, and you can definitely find at least one Baju Kurung dress in the wardrobe, if not a full line of the traditional Malay women costume. This is because even though some women prefer modern western attires, the Baju Kurung is still an elegant and sweet dress for women in Pahang and Malaysia.
And worn with matching shoes and handbag, well the lady will look... should I say... demure... charming and... with a well mannered poise -- ahh, a real lady.


EMBROIDERIES TO ADD FURTHER ELEGANCE

fine beaded neckline of baju kurung
Nowadays, even though the cut of the Baju Kurung is still the same, to add further elegance, color and charm to the dress, embroidery is sewn and added to the dress.Various motifs normally of colorful flowers, are embroidered at the bottom and both sides of the buttoned front area of the dress.
Sequins and beads are sometimes added to create radiance, glows and glitters to the dress. This is especially so for the dresses of popular singers, music artists and other performers during shows and public performances.

PAYMENT METHODS

PAYMENT METHODS

CARA PEMBAYARAN:-

1) Kaedah Bank-In

Berikut adalah maklumat bank yang terlibat:-

Bank:   Maybank 
Nombor Akaun :   1622 0990 2528
Nama:   SitiBaizurah Bte Mustapha

Bank:   CIMB
Nombor Akaun:   14380078355528
Nama:   Siti Lyana Bte Mat Samdan

Selepas membuat bayaran, sila SMS kami di No.017-3964294

2) Kaedah Perbankan Internet
Berikut adalah maklumat bank yang terlibat:-
Bank                 : Maybank 
Nombor Akaun : 1622 0990 2528
Nama                : SitiBaizurah Mustapha
Selepas membuat bayaran, sila SMS kami di No. 017-3964294

Sila turut sertakan maklumat berikut:

Nama anda
Alamat surat menyurat
Alamat E-Mail anda
Nombor telefon: Rumah dan Telefon bimbit

Kami akan menghubungi anda sejurus selepas kami menerima Wang Pos anda.







Image Hosted by ImageShack.us


Monday, January 17, 2011

Tidur dengan Lampu Menyala Tingkatkan Risiko Diabetes

Tidur dengan Lampu Menyala Tingkatkan Risiko Diabetes


img

Mematikan lampu saat tidur malam tidak hanya menjimatkan tenaga elektrik,.... tetapi juga baik untuk kesihatan. Penelitian terbaru menunjukkan bahwa tidur dalam keadaan bilik yang terang benderang dapat meningkatkan risiko diabetes tahap 2.

Penelitian tersebut dilakukan oleh Joshua Gooley, ahli kesihatan dari Harvard Medical School di Boston. Dalam eksperimen yang dilakukan  5 hari berturut-turut tersebut, Gooley melibatkan 116 peserta yang  berusia antara 18-30 tahun.

Para peserta dibagi menjadi 2 kelompok, salah satunya dibiarkan untuk berada di ruangan yang terang benderang, selama 8 jam sebelum tidur. Kelompok yang lain ditempatkan di ruangan yang lebih redup dengan masa yang sama yakni 8 jam.

Hasil pemeriksaan sampel darah yang diambil tiap 30 minit menunjukkan produksi hormon melatonin turun 50 persen pada kumpulan yang berada di ruangan terang. Hormon ini mengatur jam biologi yang berhubungan dengan keadaan antara tertidur dan terbangun.

Selain membuat rasa mengantuk, melatonin juga berkait dengan beberapa jenis
penyakit serius. 
Reseptor melatonin yang terletak di saraf disebut-sebut bole meningkatkan risiko kanser dan diabetes tahap 2 jika aktivitnya berkurang.

"Hasil penelitian ini memberikan impak besar bagi pekerja malam yang terdedah dengan cahaya sepanjang malam lalu tidur disiang hari saat matahari bersinar terang," kata Gooley seperti dipetik dari Healthday, Senin (17/1/2011).

Meski demikian, Gooley belum boleh menjelaskan dengan pasti hubungan antara peserta reseptor melatonin dengan peningkatan risiko kanser dan diabetes. Mekanisme yang menyebabkan keduanya saling berhubungan baru akan disiarkan dalam penelitian Gooley selanjutnya.......


ctbyzurah***

Friday, January 14, 2011

***KELAS TUDUNG KHAS UNTUK ORANG PUTRAJAYA***

KAMI AKAN  ADAKAN TOUR UNTUK KELAS TUDUNG

PAKEJ TUDUNG  -
                                 1- TUDUNG AWNING LYCRA
                                 2- TUDUNG SYARIA/INNER
                                 3- CARA BUAT TELEKONG

A) Kain LYCRA 1 meter untuk TUDUNG AWNING
B) Kain LYCRA 1 1/2 meter untuk TUDUNG SYRIA
C) Kain COTTON PUTIH 4 meter untuk TELEKONG

Catatan:-
Kain Lycra boleh campur2 colour atau  dengan yang bercorak.

Yuran -RM 200.00 Sahaja
Tarikh -26/27 February 2011
Lokasi -Pangsapuri Putra Damai, Persint 11 Putrajaya

Hubungi 0173964294

Wednesday, January 12, 2011

LAMAN WEB RASMI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM - Kalendar Aktiviti

LAMAN WEB RASMI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM - Kalendar Aktiviti
 

~~~My Lovely & Beauty Stitch~~~ © 2008. Design By: SkinCorner