Saturday, January 29, 2011


MESTI BACA ! RAMALAN CUACA - Hujan ! RAMALAN PILIHANRAYA - BN Menang Lebih 3 Ribu !

















Di jangkakan jika esok hujan, jumlah pengundi yang keluar mengundi akan kurang daripada ramalan di bawah. So, siapkan payung dan kereta sebanyak yang mungkin!

Baca di bawah :-
LABIS, 29 Jan: Keputusan pilihanraya kecil Dun N05 Tenang yang dijadualkan berlangsung esok dijangka akan memihak kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim namun hasrat parti itu untuk meraih majoriti melebihi 5 ribu undi tidak kesampaian.

Laporan survey badan penyelidikan bebas ILHAM Centre yang dikeluarkan pagi ini menunjukkan calon BN mendahului PAS dengan majoriti sekitar 3 ribu undi di mana BN dijangka memperolehi sekitar enam ( 6) ke tujuh (7) ribu manakala PAS, empat (4) ribu undi. Berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti mana dijangka menang, BN dijangka memperolehi 73.1 peratus undi Melayu, Cina (48.6 peratus), India (50 peratus) dan Kaum lain (75 peratus).

Dapatan Kajian Sikap dan Kecenderungan Pengundi dalam Pilihan Raya Kecil N5 Tenang

ILHAM Centre merupakan firma penyelidikan bebas, telah melakukan satu kajian sempena Pilihan Raya Kecil Ke 14 yang kini berlangsung di N5 DUN Tenang,Johor. Pihak ILHAM Centre memulakan kajian pada 26 hingga 28 Januari 2011 lepas untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka.

Tinjauan selama 2 hari secara komprehensif ini dilakukan di sebuah daerah mengundi dengan menemubual pengundi berdaftar secara bersemuka di 10 daerah mengundi daripada 13 daerah mengundi yang ada dalam DUN ini. Responden yang berjaya dinilai sebagai “sample” kajian ini seramai 549 orang yang terdiri daripada semua komposisi kaum, peringkat umur dan pekerjaan.













Populariti parti mengatasi kekuatan calon

Berdasarkan hasil dapatan kajian ILHAM Centre, faktor utama responden memberi undi adalah berasaskan parti berbanding faktor calon dan isu yang dimainkan. Faktor parti di wakili 62.5% daripada keseluruhan responden.
Jika dilihat kepada kekuatan calon, kedua-dua parti dilihat mempunyai kelebihan masing-masing. Namun calon BN, Mohd Azhar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai “Tok Ai” mendapat 91.4 % dikenali oleh pengundi. Manalaka Normala Sudirman atau Cikgu Mala menadapat 79.6 % popularity di kalangan responden.

Isu serangan kepada Normala tidak memberi kesan kepada pengundi

Antara isu serangan kepada peribadi calon PAS, Normala Sudirman mengenai memakai sarung tangan bila berjabat tangan dengan pengundi lelaki tidak memberikan kesan kepada responden sebagai isu yang kuat. Begitu juga isu lainnya seperti penyelewengan tanah, suami Cikgu Mala sakit dan sebagainya tidak cukup untuk mempengaruhi pola pengundian di sini.

Jentera PAS masih gagal menembusi kubu kuat Umno di perkampungan tradisi dan FELDA
Merujuk kepada dapatan kajian juga, jentera PAS di Tenang kali ini cukup agresif dalam siri-siri kempen dan ziarah rumah ke rumah. Dengan menyasarkan undi wanita dan kakitangan kerajaan terutama nya guru, tema Cikgu Mala dilihat signifikan dalam strategi kempen PAS. Namun, berdasarkan maklum balas responden di perkampungan tradisi sekitar Kampung Tenang, Pekan Ayer Panas, Kg Redong, tidak berlaku anjakan ketara paten sokongan di sana.

Jentera PAS/PR juga dilihat belum mempunyai kekuatan untuk mengubah pendirian politik golongan peneroka FELDA, namun terdapat sedikit sinar harapan terutama generasi kedua FELDA yang mempunyai pendirian politik rasional untuk memilih Pakatan Rakyat.













Jentera Pakatan Rakyat belum dapat meyakinkan pengundi

Di kawasan bandar Labis dan beberapa lokaliti majoriti pengundi Cina, ILHAM Centre dapati, tahap sokongan pengundi Cina kepada PAS tidak berlaku sokongan ketara walaupun terdapat protes senyap di kalangan pengundi Cina. Ini dapat dilihat dengan ketiadaan bendera BN di kawasan kediaman pengundi Cina berbanding perkampungan Melayu.

Pengundi Cina juga dilihat kurang berkeyakinan dengan Pakatan Rakyat kerana jentera dilihat tidak bersepadu sepertimana jentera Barisan Nasional. Kesannya, Pakatan Rakyat mungkin tidak mendapat sokongan daripada pengundi Cina sepertimana yang diharapkan.

Di kalangan pengundi Melayu pula, rupabentuk kerjasama Pakatan Rakyat masih kabur di kalangan kebanyakan pengundi. Di samping kejayaan media BN memanipulasi beberapa isu berkaitan perkara ini, pergerakan kempen calon PAS turut tidak meyakinkan pengundi. Pergerakan rumah ke rumah Cikgu Mala misalnya tidak disertai tokoh-tokoh lain selain pemimpin-pemimpin PAS.

Kesimpulan

ILHAM Centre membuat bacaan berdasarkan dapatan kajian ini bahawa calon BN, Mohd Azahar Ibrahim akan memenangi kerusi DUN N5 Tenang ini menewaskan calon PAS, Normala Sudirman dengan berlaku peningkatan sokongan pengundi dan majoriti berbanding keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Jentera PAS perlu menampilkan imej gabungan Pakatan Rakyat yang sebenar sebagai gabungan utama berdepan dengan jentera Barisan Nasional jika mahu menang dalam siri pilihan raya akan datang

0 comments:

 

~~~My Lovely & Beauty Stitch~~~ © 2008. Design By: SkinCorner