Sunday, November 28, 2010

MARI..MARI....tENGOK... Filem 2 Alam terbitan Dr Rozmey



Petang tadi bertempat di Midvalley, krew Oh! Media sempat menge’had’kan masa kami yang padat untuk menonton filem 2 Alam terbitan Dr Rozmey (DDR) yang dikatakan oleh para media “Indah Khabar dari Rupa“. Ingin mengetahui sejauh mana kebenaran itu, jadi kami pun pergilah menonton untuk berkongsi kenyataannya dengan seluruh pembaca Oh! Artis.
Filem ini terlalu hebat penangannya biarpun belum sempat dikeluarkan. Bermula dengan poster filem 2 Alam yang menciplak poster dari filem Hollywood, Exorcist dan berterusan dengan target-target tak masuk akal Dr Rozmey.

Masuk ke panggung, hanya ada 22 penonton (termasuk kami) daripada 140 kerusi yang tersedia. Ini menandakan filem ini LANGSUNG TIDAK mendapat sambutan penonton di panggung wayang. Kutipan 2 juta pada hari pertama yang dihebohkan DRR sebelum ini, tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Mungkin sengaja direka-reka kerana dari maklumat yang kami terima, kutipan pada hari pertama tidak sampai pun 80 ribu. Maklumlah bersaing dengan Harry Potter, langsung tak masuk akal 2 juta pada hari pertama.

Sedikit Sinopsis filem 2 Alam

Mengisahkan seorang PONDAN yang dah siap convert jadi fully woman telah meninggal dunia kerana membunuh diri. Adam atau nama pondannya, Amy yang juga seorang artis popular membunuh diri kerana tekanan yang diterimanya.
Adam, atau Amy terlalu taksub hidup dalam dunia penuh kemaksiatan’nya walau sebelum dia menjadi seorang “wanita jadian”, dia adalah seorang pelajar yang bijak dan pandai mengaji Al-Quran. Kehidupan kemaksiatan Amy dan teman lelakinya berterusan hinggalah pada suatu hari, Amy dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki dan akhirnya berita tersebut telah sampai ke telinga pihak media dan tersebar seluruh negara. Itu yang membuatkan Amy menjadi buntu dan nekad membunuh diri.
Filem ini diselang-seli dengan flashback semasa hayat dan semasa mati’nya. Semasa hayatnya, dapat dilihat kehidupan Amy yang penuh sosial dan ketika mati, ditunjukkan azab dan seksaan semasa mayatnya ingin di bawa ke kubur. Macam yang kita selalu nengok dalam drama (even drama jauh lebih baik penyampaiannya.

Apa yang best dengan filem 2 Alam

- Pengajaran yang disampaikan walaupun ianya agak lame!
- Cara kawalan kamera yang patut dipuji.
- Editing yang boleh dipuji di sesetengah bahagian.
- Sound effect yang agak mantap.
- Pelakon baru yang hebat membawa watak masing-masing.

Apa yang tidak best dengan filem 2 Alam

- Satu perkara yang paling kami benci dan mampu membuatkan korang blah terus dari panggung wayang tu adalah flashback yang ada dalam cerita ni. Boleh dikatakan flashback scene-scene yang sama kerap sangat dilihat dan menutup segala yang menarik yang ada dalam cerita ini. Ianya juga dilatar-belakangkan dengan dua lagu iaitu Salam Terakhir dan juga Andai ku Tahu (nyanyian semula Amy Search dan Ramli Sarip). Ianya menjadikan filem ini TERAMAT-AMAT membosankan dan menjadi sebab utama kenapa filem ini dikatakan INDAH KHABAR DARI RUPA!
- Plot cerita memang merepek. Kejap bincang kahwin dengan orang lain, tiba-tiba masa kahwin dah dengan orang lain pula.
Belum sempat cerita habis, kami melihat satu demi satu orang keluar dari panggung. Ini adalah pertama kali kami melihat orang bangun dari tempat duduk sebelum filem habis. Dr Rozmey, adakah anda tahu kenapa mereka keluar sebelum filem yang anda bangga-banggakan ini habis?

0 comments:

 

~~~My Lovely & Beauty Stitch~~~ © 2008. Design By: SkinCorner